SEORANG wanita di Kecamatan Sungai Kakao, Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia nekad membakar suaminya yang sedang nyenyak tidur.
Hal tersebut berlaku selepas suaminya enggan memberikan duit kepada wanita berkenaan bagi membeli buku sekolah untuk anaknya. Bahkan, wanita tersebut dihambur dengan kata-kata yang kasar.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa melecur di badan sebanyak 60 peratus.
Ketua Polis Kubu Raya, Ade Ardiansyah berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.
“Disebabkan terlalu emosi, si isteri menyiram suaminya dengan minyak petrol. Pada awalnya, si isteri hanya mahu menggertak suaminya.
"Tetapi, situasi menjadi genting apabila si suami berkata, 'bakarlah, jangan cakap sahaja',” kata Ade.
Tidak lama selepas itu, si isteri menyalakan mancis dan membakar mangsa. Ketika itu, mangsa berteriak meminta tolong sambil menuju ke kolam untuk memadamkan api.
“Dalam keadaan panik, si isteri menarik suaminya yang sedang terbakar ke dalam kolam dan seterusnya membawa mangsa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya lagi.
“Dalam keadaan panik, pelaku menarik mangsa dari dalam kolam dan membawanya ke Puskesmas untuk mendapatkan rawatan,” terang Ade.
Ade berkata mangsa masih mendapatkan rawatan intensif di hospital sementara isterinya dalam siasatan polis. -Gempak
Sumber: Kompas
Gempak
Tue Aug 15 2023
Mangsa ketika menerima rawatan intensif di hospital. - Foto Polis Kubu Raya
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Isteri bakar suami sebab 'kedekut' tak nak belikan buku sekolah anak
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kandang lembu dekat daerah Kubu Raya pada 6 Ogos lalu.